Saturday 4 January 2014

"10 AMALAN YANG TERBALIK"


Hari ini admin nak ajak kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut supaya makan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)


Hikmah Jari

ASSALAMUALAIKUM...


"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.

Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.....

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri.
Awas!!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"


sekadar penyampai sahaja... untuk renungan kebesaran ciptaan Allah swt...



Saturday 28 December 2013

Cara Wanita Berjalan

assalamualaikum wbt....

Pasti ramai yang tertarik ngan tajuk ni kan??haha...lagi2 kalau boys... Tapi pompuan pun bleh baca gak...
So admin nak kongsi la ngan korang sume pasal cara berjalan ni,walaupun pic kat bawah tu lelaki tapi abaikan je la ye...hehe

Sebenarnya,ada byk style orang perempuan ni berjalan tapi admin x sempat la nak tengok sorang2 kan..nanti apa pulak kata orang kan??Pape pun, teruskan membaca ye.....


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

 Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

 Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.


 Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

 Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.


 Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

 Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.


 Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Korang pulak berjalan macam mana??haha...x kisah la macam mana pun sebab admin tak tahu pun...admin nak kongsi la kat sini cara nabi saw berjalan....
Adapun rasulullah  berjalan seperti sedang menuruni bukit..maknanya rasulullah berjalan dengan laju kerna tidak mahu membuang masa lagipun berjalan perlahan ataupun *melenggang kangkung lau dlm bahasa kita menunjukkan sikap kita yang suka sambil lewa....

So,admin harap korang dapat sesuatu yang bermanfaat ye....

see u again....

fi amanillah...

Monday 23 December 2013

Manusia dan Jin

assalamualaikum wbt....

alhamdulillah....masih bernyawa...hehe

nampak nyer roh yang pergi dari jasad ini pada waktu tidur masih lagi kembali....hehe...paham ke tidak??

Sebenarnya sebelum menulis entry ni,admin ada tulis satu entry yang tajuk dye sama dengan entry kali ini...tapi, atas kehendakNya admin tak boleh nak post..haha...ada laa sedikit masalah teknikal yang admin alami..

ok...hari ini admin nak cerita pasal manusia dan jin...Allah swt menciptakan manusia dan jin dengan tujuan yang sama sebagaimana fiman Allah:

"tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali beribadah kepadaku"
(surah adz dzariat:56)

Manusia adalah amat berbeza dengan malaikat..hal ini kerana malaikat sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah tetapi manusia ada yang patuh dan ada yang ingkar..Iman manusia seringkali diuji dan dicabar oleh syaitan dan iblis..Mereka yang lemah iman pasti akan tersungkur di tengah jalan dan yang kuat imannya sentiasa akan diberi pahala sebagai berjihad melawan hawa nafsu..Dalil yang menunjukkan bahawa malaikat hamba Allah yang tidak pernah ingkar adalah:

"Sebenarnya (malaikat itu) adalah hamba hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahutui Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredai oLeh Allah. Dan mereka itu selaiu berhati hati kerana takut kepada Nya." (Al-Anbia': 26 28)

Jin ni pulak ada macam2...Ada jin Islam dan ada jin bukan Islam..Namun perlu ingat bahawa kita tidak boleh memohon pertolongan walaupun kepada jin Islam..Ingatlah "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin".Tambahan lagi,jin ni akan bertambah sombong kepada Allah sekiranya ada manusia yang memohon pertolongan kpd mereka..

Agaknya sampai di sini dulu ya entry kali ini...Admin minta maaf la sebab tak boleh nak ceritakan pasal alam mistik kat sais ni...Admin dah cuba tapi ada benda yang menghalang...nanti lain kali admin cuba ye terutamanya rakan2 admin la...

semoga bertemu di entry seterus nyaa...

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Assalamualaikum wbt....

Kali ni admin ada benda nak kongsi ngan korang sume...haha..apa tu??Lek luh..haha... Petang tadi masa tengah bosan admin duk belek-belek la lappy ni..  Tetiba terjumpa satu fail lama... Fail apa??cehh.. Suspen btol..hehe...Sebenarnya admin ada simpan fail2 yang berkaitan dengan agama ni... Ada buku kitab yang lama dan banyak lagi lah.. Tapi kali ni admin nak kongsi pasal tanda2 kecil hari kiamat....


Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan
lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. cuba fikir2kan
berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah.
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim


Semoga entry kali ini berguna buat korang sume ye...sama-samalah kita muhasabah diri sendiri dan kalau boleh buat perubahan pada diri...Biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan pastikan hari esok lebih baik dari hari ini...InsyaAllah kita sama2 lakukan perubahan...Diharapkan juga jgn lah sampai di sini saja ilmu ini ea...Sampai2 kan lah kpd rakan2 kita diluar sana.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."




Friday 20 December 2013

Doaku untukmu

Ahmad dan Ali ialah dua orang sahabat karib, mereka tggl berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing2 akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"tanya Ahmad kpd sahabatnya...

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ni perbelanjaanku lebih drpd biasa,"jawab Ali

"doa kau?"Ali bertanya pula...

Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa2


     Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira."Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akn berdoa apa pula?"tanya Ahmad.

"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin,"jawab Ali

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing2 berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya,"kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian ali memberitahu berita gembira."Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul,Mad"

"Tahniah Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dgn wajah muram.

"Kenapa dgn anak kau?"

"Anakku yg bongsu sakit, Ali. keadaannya amat membimbangkan."

"insyaAllah, kau doalah kuat2 sikit. Minta anakmu selamat,"kata Ali

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dgn anakmu?"tanya Ali

"macam itu juga. Sudah beberapa hari, tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa byk lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sgt makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau..."kata Ali

"Kenapa dgn aku?"

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab"

Ahmad tersenyum.

Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "aku hairan, doakau tidak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah byk dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah.?

"Doa yang mana?Sebab aku lihat tidak ada apa2 perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kpd Nya."


masyaAllah...nampak tak ibrah yang sy cuba kongsikan??

Sunday 15 December 2013

Budak Kecil dan Api Neraka

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala......

Khalifah Harun al-rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab, "aku takutkan api neraka."

    Khalifah yang adil itu memujuk, "anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Namun apakah jawapan budak itu?
Katanya,
"aku melihat ketika orang menyalakan api, mereka akan masukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis....

PENGAJARAN..

Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.