Saturday 28 December 2013

Cara Wanita Berjalan

assalamualaikum wbt....

Pasti ramai yang tertarik ngan tajuk ni kan??haha...lagi2 kalau boys... Tapi pompuan pun bleh baca gak...
So admin nak kongsi la ngan korang sume pasal cara berjalan ni,walaupun pic kat bawah tu lelaki tapi abaikan je la ye...hehe

Sebenarnya,ada byk style orang perempuan ni berjalan tapi admin x sempat la nak tengok sorang2 kan..nanti apa pulak kata orang kan??Pape pun, teruskan membaca ye.....


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

 Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

 Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.


 Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

 Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.


 Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

 Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.


 Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Korang pulak berjalan macam mana??haha...x kisah la macam mana pun sebab admin tak tahu pun...admin nak kongsi la kat sini cara nabi saw berjalan....
Adapun rasulullah  berjalan seperti sedang menuruni bukit..maknanya rasulullah berjalan dengan laju kerna tidak mahu membuang masa lagipun berjalan perlahan ataupun *melenggang kangkung lau dlm bahasa kita menunjukkan sikap kita yang suka sambil lewa....

So,admin harap korang dapat sesuatu yang bermanfaat ye....

see u again....

fi amanillah...

Monday 23 December 2013

Manusia dan Jin

assalamualaikum wbt....

alhamdulillah....masih bernyawa...hehe

nampak nyer roh yang pergi dari jasad ini pada waktu tidur masih lagi kembali....hehe...paham ke tidak??

Sebenarnya sebelum menulis entry ni,admin ada tulis satu entry yang tajuk dye sama dengan entry kali ini...tapi, atas kehendakNya admin tak boleh nak post..haha...ada laa sedikit masalah teknikal yang admin alami..

ok...hari ini admin nak cerita pasal manusia dan jin...Allah swt menciptakan manusia dan jin dengan tujuan yang sama sebagaimana fiman Allah:

"tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali beribadah kepadaku"
(surah adz dzariat:56)

Manusia adalah amat berbeza dengan malaikat..hal ini kerana malaikat sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah tetapi manusia ada yang patuh dan ada yang ingkar..Iman manusia seringkali diuji dan dicabar oleh syaitan dan iblis..Mereka yang lemah iman pasti akan tersungkur di tengah jalan dan yang kuat imannya sentiasa akan diberi pahala sebagai berjihad melawan hawa nafsu..Dalil yang menunjukkan bahawa malaikat hamba Allah yang tidak pernah ingkar adalah:

"Sebenarnya (malaikat itu) adalah hamba hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahutui Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredai oLeh Allah. Dan mereka itu selaiu berhati hati kerana takut kepada Nya." (Al-Anbia': 26 28)

Jin ni pulak ada macam2...Ada jin Islam dan ada jin bukan Islam..Namun perlu ingat bahawa kita tidak boleh memohon pertolongan walaupun kepada jin Islam..Ingatlah "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin".Tambahan lagi,jin ni akan bertambah sombong kepada Allah sekiranya ada manusia yang memohon pertolongan kpd mereka..

Agaknya sampai di sini dulu ya entry kali ini...Admin minta maaf la sebab tak boleh nak ceritakan pasal alam mistik kat sais ni...Admin dah cuba tapi ada benda yang menghalang...nanti lain kali admin cuba ye terutamanya rakan2 admin la...

semoga bertemu di entry seterus nyaa...

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Assalamualaikum wbt....

Kali ni admin ada benda nak kongsi ngan korang sume...haha..apa tu??Lek luh..haha... Petang tadi masa tengah bosan admin duk belek-belek la lappy ni..  Tetiba terjumpa satu fail lama... Fail apa??cehh.. Suspen btol..hehe...Sebenarnya admin ada simpan fail2 yang berkaitan dengan agama ni... Ada buku kitab yang lama dan banyak lagi lah.. Tapi kali ni admin nak kongsi pasal tanda2 kecil hari kiamat....


Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan
lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. cuba fikir2kan
berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah.
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim


Semoga entry kali ini berguna buat korang sume ye...sama-samalah kita muhasabah diri sendiri dan kalau boleh buat perubahan pada diri...Biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan pastikan hari esok lebih baik dari hari ini...InsyaAllah kita sama2 lakukan perubahan...Diharapkan juga jgn lah sampai di sini saja ilmu ini ea...Sampai2 kan lah kpd rakan2 kita diluar sana.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."




Friday 20 December 2013

Doaku untukmu

Ahmad dan Ali ialah dua orang sahabat karib, mereka tggl berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing2 akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"tanya Ahmad kpd sahabatnya...

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ni perbelanjaanku lebih drpd biasa,"jawab Ali

"doa kau?"Ali bertanya pula...

Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa2


     Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira."Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akn berdoa apa pula?"tanya Ahmad.

"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin,"jawab Ali

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing2 berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya,"kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian ali memberitahu berita gembira."Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul,Mad"

"Tahniah Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dgn wajah muram.

"Kenapa dgn anak kau?"

"Anakku yg bongsu sakit, Ali. keadaannya amat membimbangkan."

"insyaAllah, kau doalah kuat2 sikit. Minta anakmu selamat,"kata Ali

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dgn anakmu?"tanya Ali

"macam itu juga. Sudah beberapa hari, tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa byk lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sgt makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau..."kata Ali

"Kenapa dgn aku?"

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab"

Ahmad tersenyum.

Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "aku hairan, doakau tidak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah byk dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah.?

"Doa yang mana?Sebab aku lihat tidak ada apa2 perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kpd Nya."


masyaAllah...nampak tak ibrah yang sy cuba kongsikan??

Sunday 15 December 2013

Budak Kecil dan Api Neraka

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala......

Khalifah Harun al-rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab, "aku takutkan api neraka."

    Khalifah yang adil itu memujuk, "anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Namun apakah jawapan budak itu?
Katanya,
"aku melihat ketika orang menyalakan api, mereka akan masukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis....

PENGAJARAN..

Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Cter Sekolah...

Kali ni admin nak cakap pasal sekolah pulak...hahaha... Sekolah ni boleh cakap special la kot sebab baru je dibuka secara rasmi dua tahun dan dah nak masuk tiga tahun menjelang 2014 ni..Dekat sekolah ni admin dapat ramai kawan-kawan yang sporting, baik, dan memang 'awesome' lah katakan.. Ni antaranya,

.
khalid,bobby,mack ju,deen

Ni lah antara rakan2 yang memang awesome tadi tu.. Sebenarnya ramai lagi tapi lenguh tangan la nak cerita sorang demi sorang kan??



Haha...ni sape pulak?? Pekerja sekolah ke? Ni la Faris Saizan@Dragon... Dalam batch kitorang dye lah orang yang paling tinggi kott.. Mase ni kitorang saje snap2 gambar lepas turun dari bukit kat belakang aspura.. Kat SAIS ni memang ada bukit. Time ni kitorang bosan sangat dan xtau nak buat apa,so jalan2 kat atas bukit la...jap2, admin ckp SAIS ye??haha..bocor rahsia..  Admin sebenarnya sekolah kat Sekolah Menengah Sains Setiu..haha

 Ni apa pulak dengan periuk kera ni?? kalau nak tahu periuk kera ni kitorang jumpa masa dekat atas bukit tu la.. Macam2 la ada kat SAIS ni kan?? Tu la untungnya kalau dapat masuk sekolah Air Sejuk ni..hehe

Ni pulak gambar kengkawan admin mase nak balik ke asrama.. Admin snap gambar je tau.. X pandai nak bergaya sangat kat depan lensa kamera tu..haha... Time ni memang dah nak dekat maghrib. Balik hostel terus cepat2 mandi sebab nak pergi surau...


Demikian lah sedikit sebanyak yang Adminn dapat kongsi ngan korang kali ni... Nanti admin cerita pasal benda lain pulak ea,,:)

Saturday 14 December 2013

PLKN

PLKN????Semua kengkawan admin asyik risau je fikirkan benda ni. Semua dah takut kalau-kalau terpilih sebagai wira wirawati negara ni.. Lepas buat semakan online...MOHAMAD BAKRI BIN ISMAIL tahniah anda terpilih utk menyertai program latihan khidmat negara. Sungguh tidak disangka bahwa aku terpilih..cehh..

Last2 dapat kem plkn padang kacong marang. Dalam hati 'yeeeaaayyy". Kenapa??haha... Sebenarnya masa form 4 dulu sekolah admin ada buat kem jati diri dekat kem plkn ni la...hahah.. Tapi berdebar jugak sebenarnya sebab ada cikgu dekat kem tu cakap dia nak lantik budak sekolah admin jadi ketua nanti.. Tapi takpe, kawan admin pun ada jugak yang ditempatkan kat situ...

Admin kena lapor diri pada 6 JAN 2014.. Cdey jugak rasa sebab tak sempat nak beli no pin upu sendiri. Terpaksa la admin minta tolong kakak admin yang belikan...

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt....

Lastly,tercapai juga hasrat nak buat blog ni. So, salam perkenalan dan salam ukhwah dari admin. Nak kenal admin? Admin ni sebenarnya baru je lepas ambil SPM baru-baru ni. Sekarang ni pun tengah tunggu result. Sambil-sambil tu admin buat la blog ni nak isi masa lapang la katakan...
Admin ni asalnya orang Kelantan tetapi menetap dekat negeri Terengganu. Haha makang ikang bako la kite ye...hahaha
Admin ni sebenarnya pelajar SBP. Nak tau SBP mana?? Haha,biarlah rahsia ye. Nanti admin bgtau dalam post-post yang akan datang ye..